Monday, October 23, 2006

Eid Mubarak...

Ramadhan melabuhkan tirainya semalam... rasa sayu kerana Ramadhan kali ini ada beberapa perkara yg gagal saya sempurnakan, ketika berbuka puasa smlm, saya berdoa agar dipanjangkan usia utk memberi saya peluang menyambut Ramadhan akan datang.... tambahan pula keadaan fizikal yg kurang sihat, menambahkan kronik rasa rindu pada keluarga... :( tapi dalam pada itu, saya gagahkan diri membantu adik2 rumah ini apa yang patut, berusaha membuat cookies yang dirancang (ini adalah kuih raya pertama dalam hidup saya yg saya buat segalanya sendiri!!!)... menjelang malam, mmg rasa tak mampu utk buat apa2, lagi2 selepas makan ubat, rasa 'high' smcm, alhamdulillah, ada dia membantu saya, walaupun dia keletihan bekerja seharian, dia datang dan memasak... rasa terharu tak terkira, 3,4 bulan lalu saya terfikir, bagaimana sambutan raya kali ini tanpa keluarga di sisi, tapi siapa sangka... kehadiran Aidilfitri kali ni disambut bersama dia, benar perjalanan kami masih panjang, tapi apa yg saya dan dia ada hari ini membuat saya rasa content dan gembira...
pagi2 raya, alhamdulillah... badan terasa sihat sedikit... syukur padaMU ya Allah, memberikan kesempatan saya utk berhari raya.... solat aidilfitri di sports centre, pelbagai bangsa ada... solat dan khutbahnya ringkas, mungkin kerana hari ini hari bekerja... selesai solat, bersalam2an dan bertukar ucapan... ada beberapa pelajar Malaysia.... ramai yg lengkap berbaju kurung, berbaju melayu dan bersamping songket.. ... seronok tgk adik2 ini, tapi lagi seronok bila mereka menyangka saya pelajar UG.... :D
dan ketika saya menaip entry ini, saya berada di school, rasa sedih dan rindu tidak begitu ketara.... saya ada kelas yg perlu dihadiri sebentar lagi... Aidilfitri kali ini memang berbeza, pengalaman baru bagi saya...daripada persediaan raya hinggalah ke sambutannya... selepas kelas ini, ada beberapa jemputan yg perlu dipenuhi.. ..so the next entry..insya-allah saya akan ceritakan pengalaman beraya di sini pula.....

to all SALAM AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN..

4 Comments:

At 9:51 am, Blogger anggerik merah said...

Salam Aidilfitri untuk Ays_as. Rasakan kemanisan berhari raya di perantauan walaupun rasa rindu yang mendalam pada keluarga. Peluang yang tak akan selalu kita rasai dalam hidup ini. Make the best of every moment.

You take care dear! Keep in touch.

 
At 8:18 am, Anonymous Anonymous said...

Selamat Hari Raya!!!!!!

Takpe lah, at least you are going back this Xmas kan....

Surround urself with frens and of course dia mesti tak rasa sedey. Aku skrg ni kalau buka laptop pun ada rasa nak pecah empangan.....

Machs gut!

 
At 5:47 am, Blogger Am just a gal said...

Salam Aidilfitri sis... Alhamdulillah.. raya disambut dengan gembira walau tanpa keluarga kan... pengorbanan..

 
At 10:04 am, Blogger Azer Mantessa said...

selamat hari raya.
maaf zahir bathin.

terasa gak kesayuan beraya di tempat orang sepeti u ceritakan ...

 

Post a Comment

<< Home